Filosofi Syarikat

Abeille d’Or merupakan sebuah syarikat yang terkenal di Asia dalam bidang makanan kesihatan,  Abeille d’Or menumpukan perhatiannya dalam bidang penjagaan kesihatan orang ramai. Abeille d’Or Chlorella merupakan keluaran kebanggaan daripada Institusi pengajian Mikrobiologikal R&D Yakult, Jepun. Ianya menggunakan teknologi tercanggih iaitu teknologi semaian dalaman tangki heterotrofik yang merupakan hak milik terpelihara bagi negara-negara maju seperti Jepun, Amerika Syarikat, England, Perancis dan Germani. 

Abeille d’Or mempraktiskan filosofi “Perniagaan Berkualiti, Perkhidmatan Pengguna yang Telus Ikhlas”, segala usahanya adalah menuju kepada peningkatan taraf kehidupan melalui cara pemakanan orang ramai di Asia umumnya dan Singapura serta Malaysia khasnya. Selain Abeille d’Or Chlorella, Abeille d’Or juga mengedarkan produk-produk lain seperti “Abeille d’Or Chlorella Kalsium Tinggi”, “ Abeille d’Or formula series” serta “sabun Kesihatan”.

Berikutan peningkatan taraf kehidupan masyarakat kita pada hari ini serta proses penuaan, sebuah pasaran baru sedang terbentuk.   Dengan itu, pihak syarikat perlu memasuki era baru kerana ingin memasuki pasaran itu, agar Abeille d’Or dapat mencapai matlamat “kestabilan yang selamanya, perkembangan yang konsisten, teknologi yang tercanggih serta menjadi jenama antarabangsa”.

Abeille d’Or juga sentiasa mengamalkan corak “Perniagaan yang Telus Ikhlas, Kerjasama situasi sama menang” di antara rakan kongsi, pekerja-pekerja serta pengedar-pengedar Abeille d’Or agar memeriahkan lagi kecemerlangan bidang penjagaan kesihatan orang ramai.

Selain itu, Abeille d’Or juga mementingkan penerokaan tenaga sumber manusia. Abeille d’Or kini mempunyai sekumpulan pakar-pakar pengurusan dalam pelbagai bidang, agar menjayakan segala strategi-strategi pemasaran serta menghadapi segala cabaran di pasaran, mereka juga mementingkan perkhidmatan pelanggan serta segala operasi harian Abeille d’Or, moga-moga dapat mencapai segala matlamat yang ditetapkan. Pengurusan yang berkualiti tinggi serta bantuan peralatan yang berteknologi tinggi membolehkan segala pengoperasian harian dan pemasaran Abeille d’Or tidak tergugat atau ditandingi oleh mana-mana pesaing-pesaingnya.

Abeille d’Or menggunakan sistemnya yang amat stabil ini sebagai kubu perkasanya, ianya dapat menangani segala cabaran luaran, dan mampu terus maju ke hadapan, namun tetap mengamalkan kefahaman  “Inovasi dapat mencapai kejayaan selama-lamanya”, sama-sama kita membina  satu “corak kejayaan”, sama-sama kita menuju kepada jenama antarabangsa, sama-sama kita mencapai misi kita menjadi  satu organisasi unggul yang bertaraf antarabangsa!

Akhir kata,  Abeille d’Or tidak mempercayai skim cepat berjaya mahupun menjadi kaya raya, namun Abeille d’Or mencapai kejayaannya selangkah demi selangkah. Mempertingkatkan taraf kesihatan orang ramai selangkah demi selangkah. Abeille d’Or ingin berbakti kepada masyarakat dengan budaya kasih sayang, serta dengan adanya bantuan peralatan tercanggih dan kepakaran pengurusan, Abeille d’Or dapat diperluaskan ke seluruh negara.


 
 
   
  © 2008 Abeille d'Or Corporation Sdn Bhd I Private Policy I Terms of Use