| |
 |
| Biodata Presiden |
 |
Seperti Pepatah yang berbunyi “Pencegahan lebih baik daripada mengubati”, bermaksud kesihatan merupakan asas kebahagiaan hidup, kesihatan itu merupakan kekayaan yang sebenarnya dalam kehidupan kita, jikalau sesiapa yang tidak mengalami keperitan tersebut, maka beliau tidak akan mengerti kepentingan pepatah itu.
Dahulunya, hidup saya menderita kerana keuzuran badan, saya terpaksa mencari pelbagai cara perubatan sama ada jenis perubatan moden mahupun perubatan tradisional. Saya tidak pernah termimpi satu hari nanti setelah saya mengembalikan kesihatan saya, ianya menjadi suatu misi yang kagum bagi saya untuk berkongsi pengalaman tentang kebaikan Abeille d’Or Chlorella. Dengan pegangan yang begitu mudah tetapi kukuh, saya bertekad untuk membantu orang-orang yang lain untuk mendapatkan semula kesihatan mereka. Namun, dengan sekelip mata sahaja, saya telah pun melakukan misi ini selama 18 tahun, dan saya akan meneruskan perjuangan misi saya sehingga akhir hayat saya!
Jodoh saya dengan Abeille d’Or Chlorella bermula pada tahun 1987. Sahabat saya memberikan sekotak Abeille d’Or Chlorella kepada saya kerana mengetahui badan saya yang uzur dan banyak penyakit, beliau memberitahu saya betapa pentingnya chlorella terhadap pemulihan saya. Setelah mengambilnya, badan saya bertambah kuat dan sihat. Cuma pada ketika itu, bau chlorella itu macam terasa sedikit hanyir, tetapi pada masa itu, saya telah mula mancari maklumat mengenai chlorella di kedai-kedai buku. Saya mula mendalami maklumat-maklumat itu dan sangat terpegun kerana baru pada masa itu saya tercari sebuah rahsia kesihatan yang tak ternilai, saya pun terfikir alangkah baiknya kalau chlorella itu tidak terasa begitu hanyir! Pada tahun 1988, alangkah bertuahnya saya terjumpa chlorella keluaran Institusi pengajian Mikrobiologikal R&D Yakult, Jepun. Saya mula menubuhkan Abeille d’Or Ptd Ltd di SIngapura pada tahun 1989.
Pada peringkat permulaan saya menghadapi pelbagai kesulitan dan banyak juga pelanggan meragui keberkesanan Abeille d’Or chlorella saya. Antara sebabnya yang utama, iaitu terlalu banyak jenama produk kesihatan di pasaran pada masa itu. Pengedar-pengedar pula meragui Abeille d’Or Chlorella semaian dalaman tangki heterotrofik kerana kononnya yang hanya mereka kenali kesemuanya menggunakan semaian luaran. Tambahan lagi, saya selaku usahawan dari luar negara menghadapi kesulitan dalam bahasa perbualan yang perlu saya tangani dengan segera. Maka saya berjanji dengan sendiri bahawa saya mesti melakukannya dengan gigih dan tidak akan mudah berputus asa begitu sahaja, hanya cara pemasaran yang terbaik dan perkhidmatan pelanggan yang terbaik sahaja akan saya serahkan kepada para pelanggan yang terhormat, dengan selangkah demi selangkah, kini telahpun menjejaki tahun ke-18 saya menceburi bidang ini.
Pada Oktober, tahun 1989, saya mula membuat pengiklanan dengan agresif di stesen-stesen radio Singapura, ianya termasuklah stesen-stesen seperti stesen Redifusion, FM100.3, FM97.2, FM95.8. Pada April, tahun 1993 pula, saya membuat pengiklanan dengan agresif di stesen-stesen radio Malaysia seperti Radio-5 (sekarang Ai-FM) dan Redifusion Malaysia (sekarang FM98.8) ,pengiklanan melalui mikrofon untuk menyebarkan konsep penjagaan kesihatan yang betul dan berkesan. Dengan tekad yang begitu kukuh sekali, bertambah pula dengan testimonial sendiri berserta dengan lawatan sambil belejar ke Jepun setiap tahun yang mampu menjaga keyakinan 100% kepada saya unutk melabur jumlah yang begitu besar ke atas pengiklanan radio. Dengan harapan agar lebih ramai orang dapat menikmati kesihatan.
Tekad, kegigihan dan tidak mudah mengaku kalah telahpun membantu saya mencipta rekod-rekod yang gemilang selepas selama 18 tahun saya menguruskan perniagaan Abeille d’Or Chlorella, dan telah menciptakan satu watak usahawan wanita yang menerima kesayangan semua pelanggan dan dihormati ramai-iaitu saya madam June Liao. Izinkan saya menghulurkan ribuan terima kasih kepada semua.
Penghargaan Presiden
Saya percaya masih ramai orang di luar sedang berusaha dengan gigih untuk mencari kesihatan mereka. Namun, kesihatan tidak ada jalan dekat, tambahan lagi terlalu banyak jenama produk kesihatan di pasaran telah pun menyukarkan lagi pelanggan memilih produk kesihatan yang betul-betul baik dan berkesan. Pada akhirnya, bukan sekadar banyak wang habis dibelanja, tetapi tidak dapat pula kesihatan yang diinginkan.
Semenjak tahun 1989, saya dengan ikhlasnya bertekad untuk berkongsi pengalaman saya dan cara termudah saya mendapatkan semula kesihatan saya. Saya berasa bangga kerana pada hari ni, jutaan pelanggan bukan sahaja di Singapura,tetapi di Malaysia juga, tidak kira kaum, umur ataupun jantina, telah memperolehi kesihatannya semula selepas mengambil Abeille d’Or Chlorella. Ini merupakan kegembiraan yang terbesar bagi saya!
Abeille d’Or Chlorella mampu beroperasi selama 18 tahun, saya amat berterima kasih kepada semua pelanggan yang menyokong Abeille d’Or selama ini. Kepercayaan anda semua kepada jenama Abeille d’Or Chlorella amat saya hargai. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Institusi pengajian Mikrobiologikal R&D Yakult, Jepun. Kajian 40 tahun terhadap chlorella telah melahirkan chlorella yang terunggul dan kitalah antara mereka yang bertuah dapat berkongsi produk istimewa ini. Dengan tidak berhenti, Abeillel d’Or akan terus berkongsi maklumat-maklumat produk terunggul ini melalui stesen radio, seminar, majalah dan surat khabar.
Akhir kata, saya adalah seorang insan biasa, dengan satu pegangan, saya berharap moga-moga Abeilel d’Or Chlorella dapat menemani seumur hidup anda. Di sini saya mengucapkan kesejahteraan kepada semua dan sentiasa hidup sihat dan bahagia. |