Pengenalan Syarikat


Abeille d’Or Corporation Sdn Bhd merupakan antara jenama terunggul dalam bidang produk kesihatan di Asia terutamanya di Singapura dan Malaysia. Produk yang paling terkenal adalah Abeille d’Or Chlorella menggunakan kaedah semaian dalaman tangki heterotrofik. Ianya merupakan jenama Chlorella (alga hijau) terunggul buat masa kini di pasaran. Ketulenan, kebersihan, khasiat yang tinggi dan bau serta rasa yang sedap bagi Abeille d’Or Chlorella merupakan keluaran kebanggaan dari Institusi Kajian Mikrobiologikal R&D Yakult, Jepun. Ianya menggunakan teknologi tercanggih iaitu Teknologi semaian dalaman tangki heterotrofik yang merupakan hak milik terpelihara bagi negara-negara maju seperti Jepun, Amerika Syarikat, England, Perancis dan German.

Pada tahun 1989, Abeille d’Or Ptd Ltd. ditubuhkan di Singapura, Abeille d’Or Corporation Sdn Bhd pula ditubuhkan di Malaysia pada tahun seterusnya. Oleh sebab kualiti produk yang begitu menonjol dan pemasaran yang begitu berkesan, Abeille d’Or mula menjadi jenama terkemuka dan mula digemari dikalangan pengguna-pengguna tempatan. Jenama Abeille d’Or mencapai puncak kejayaan pada tahun 1995, di mana melebihi 1,000 farmasi dan kedai ubat Cina telah menjual Abeille d’Or Chlorella. Di Singapura juga, kerajaan Singapura mengizinkan Abeille d’Or menggunakan kenyataan “Chlorella Tulen” dalam segala aktiviti pengiklanan dan penerbitan Abeille d’Or, kenyataan seperti ini tidak digunakan bagi mana-mana syarikat yang lain sehingga hari ini. Di Jepun pula, banyak hospital dan klinik perubatan serta hospital polis menggunakan chlorella untuk kajian klinikal terhadap pelbagai penyakit, ianya telah membuktikan Abeille d’Or Chlorella mempunyai kesan pemulihan yang jelas terhadap pelbagai penyakit. Berdasarkan testimonial syarikat, ramai pengguna yang terlibat menekankan keberkesanan chlorella selepas mereka mengambilnya dalam jangka masa yang tertentu. Testimoni-testimoni tersebut ternyata adalah selari dengan laporan-laporan yang dipaparkan di Jepun. Pengasas Abeille d’Or~Madam June Liao dengan sendirinya juga merupakan pengguna setia bagi sekian lamanya, Abeille d’Or Chlorella telah memulihkan kesihatan beliau daripada pelbagai penyakit yang dialami sejak beliau dalam linkungan umur masih muda lagi. Berikutan itu, Madam June Liao mula memberi pelbagai bentuk ceramah kesihatan antaranya, mengenai kepentingan keseimbangan pemakanan serta pelbagai ceramah kesihatan yang lain, dengan matlamat ingin membantu lebih ramai lagi pelanggan-pelanggan yang amat memerlukan pemulihan kesihatan mereka. Madam Liao juga sering melawat ke Yakult di Jepun bagi setiap tahun untuk memperolehi pengetahuan yang terbaru tentang chlorella serta perkembangan teknologi terkini bagi Yakult, agar ianya dapat dibawa balik ke Malaysia dan Singapura, kemudiannya dikongsikan kepada pelanggan-pelanggan tempatan.

Madam June Liao mula mengambil  Abeille d’Or Chlorella sejak tahun 1989 dan telah berjaya mengembalikan kesihatan yang sempurna. Testimoni-testimoni yang dinyatakan daripada kalangan pelanggan serta pelbagai laporan-laporan kajian klinikal yang amat teliti selama 40 tahun di Yakult, Jepun membuktikan keberkesanan Abeille d’Or Chlorella memang meyakinkan dan kepentingan kesihatan pelanggan memang terjamin. Abeille d’Or memainkan peranan yang penting dalam (1) Melindungi dan mencintai kesihatan orang ramai; (2) Berkongsi informasi kesihatan yang penting dengan orang ramai, serta menolong orang ramai merupakan matlamat utama Abeille d’Or,  melalui pengamalan pemahaman pengasas Yakult iaitu Dr. Minoru Shirota yang menyatakan “Pencegahan lebih baik dari mengubati” agar lebih ramai mampu menikmati kesihatan.
Selain Abeille d’Or Chlorella, Abeille d’Or juga mengedarkan produk-produk lain seperti “Abeille d’Or Chlorella Kalsium Tinggi”, “ Abeille d’Or formula series” serta sabun Kesihatan.


 
 
   
  © 2008 Abeille d'Or Corporation Sdn Bhd I Private Policy I Terms of Use