| |
 |
| Yakult |
 |
Yakult HONSHA CO. LTD., ditubuhkan pada tahun 1935, penghasilan minuman susu kultur ini hanya bermula pada 9 April 1955 dan pengagihan produk bermula dari klinik beliau sendiri. Dr. Shirota, pengasas syarikat Yakult Honsha Co. Ltd., mula mengukuhkan perniagaannya dengan mengambil langkah berjaga-jaga dalam semua aspek. Yakult mempunyai pengalaman selama 70 tahun dalam penghasilan dan produk susu kultur merupakan sejarah perniagaannya pada hari ini. Yakult HONSHA CO. LTD., juga merupakan pembekal dan pengedar minuman susu kultur terbesar di dunia.
Menurut Dr. Minoru Shirota, minuman Yakult mula dihasilkan pada tahun 1930 semasa beliau di Bahagian Microbiologi, Sekolah Perubatan Kyoto Imperial University. Dr. Shirota percaya bahawa selain mengubati penyakit, lebih baik membina tubuh yang sihat yang dapat megelak daripada penyakit. Beliau menukar tumpuan untuk mempelajari mikroorganisma berdasarkan kepada kepercayaan beliau yang tinggi terhadap sejenis bakteria iaitu bakteria asid laktik, di mana bekebolehan menyumbang kepada kesihatan kita. Sehingga kini, terdapat 28 negara dan tempat yang menjual minuman susu kultur Yakult dan terdapat 2500 million orang mengalami peningkatan kesihatan mereka.
|
 |
Yakult Honsha Co. Ltd., telah menunjukkan kemahiran penggunaan bakteria berfaedah. Kaedah ini telah digunakan untuk memperkenalkan secara meluas dalam industri makanan sihat, kosmetik dan farmaseutikal. Di Malaysia, sehingga kini Yakult (M) Sdn. Bhd. mempunyai lebih daripada 70 orang pekerja si seluruh Malaysia. Kesemua pekerja terdiri daripada pekerja produksi, perunding jualan,pegawai perkhidmatan pelanggan, kakitangan pentadbiran,pengurus dan kakitangan sumber manusia.
Harapan paling tinggi oleh Yakult adalah untuk membawa senyuman kesihatan ke mana sahaja. Falsafah korporat terbesar bagi kumpulan Yakult pula ialah “bagi menyumbang kesihatan dan kegembiraan kepada komuniti seluruh dunia melalui kegiatan kecemerlangan dalam dunia sains secara amnya dan kepakaran dalam kajian mikrobiologi secara khusus.
 |
| Sejarah Pengasas – Dr. Minoru Shirota |
 |

Dr. Minoru Shirota
|
| 医学博士孕育出来的养乐多 |
 |
Pengkulturan mikrobiologi – ‘bakteria asid laktik’, pengasas Yakult Honsha Co. Ltd., merupakan Dr. Minoru Shirota. Kepercayaaan beliau yang tinggi terhadap bakteria asid laktik menghasilkan objektif beliau iaitu bagi mengasingkan bakteria berfaedah yang boleh hidup di dalam perut manusia dan rintang terhadap asid hempedu supaya sampai dan hidup di usus manusia. Ini dapat membantu fungsi bagi sistem penghadaman kita. |
|
 |
Seterusnya, beliau juga menjumpai bahawa lactobacilli boleh menghapuskan bakteria berbahaya yang hidup di dalam usus manusia. Berikutan dengan penemuan ini, beliau berusaha sedaya upaya untuk mengkaji lactobacilli, lalu beliau menemui kewujudan spesis bakteria yang baru.
Spesis bakteria ini – Lactobacillus casei, telah dijumpai merupakan bakteria yang paling berasid dan rintang terhadap asid hempedu dan seterusnya dinamakan sebagai Lactobacillus Casei Shirota sempena penghormatan ke atas kajian Dr. Shirota. Penemuan bakteria ini membawa kepada kelahiran Yakult.

Yakult Central Institute Untuk Kajian Microbiological
Ditubuhkan pada 1967 oleh Dr. Shirota, dan merupakan institusi kajian YAKULT, terletak di Tokyo, Jepun. Fungsi utama institusi ini ialah mengkaji penggunaan bakteria berfaedah dalam mempromosikan kesihatan.
Pada hari ini, lebih daripada 170 kajian saintis dan doktor perubatan secara aktifnya melakukan kajian tertumpu kepada penggunaan bakteria secara efektif dalam penghindaran dan rawatan ke atas pelbagai jenis penyakit.
Yakult bekerjasama dengan komuniti sains dan perubatan, menyusun persidangan dan membiayai kajian, kesemuanya bagi meningkatkan kefahaman dalam fungsi bakteria berfaedah kepada kesihatan.
|
| SHIROTA-ISM |
 |
Syarikat menjadikan idea Shirota kepada satu tahap dipanggil “Shirota-ism” dan mendapati bahawa salah satu penemuan nilai dibuat menjurus kepada kehidupan berpanjangan.
|
| 代田思想 |
 |
| |
1. |
MENGHINDARI UBAT-UBATAN
Bagi mengajar komuniti awam pentingnya amalan “meghindari ubat-ubatan” kerana
hindari lebih baik daripada mengubati.
|
 |
| |
2. |
KESIHATAN SALURAN USUS MEMBAWA KEHIDUPAN BERPANJANGAN
Saluran usus merupakan organ utama begi penyerapan nutrien, ini membuktikan bahawa mengapa kesihatan saluran usus secara asasnya boleh menjanjikan kesihatan badan. |
 |
| |
3. |
KEHIDUPAN SIHAT KEPADA KOMUNITI SERAMAI MUNGKIN
Dalam membolehkan semua orang membeli Yakult, kami sentiasa bekerja keras dalam penghasilan Yakult tempatan dan ini merupakan prinsip jualan kami di mana kami hanya ingin memberikan komoditi (sesuatu barangan) yang terbaik. |
|
 |
|