 |
| Kesihatan Keluarga |
 |
Setiap hari kita mengambil banyak jenis makanan dan nutrisi, makanan seimbang termasuk karbohidrat, lemak, protein, vitamin, mineral dan air. Pemakanan seimbang membawa kepada kesihatan dalaman di samping meningkatkan sistem keimunan kita. Perbezaan tahap pertumbuhan badan memerlukan jenis makanan seimbang yang juga berbeza, jadi kita perlu memahami apa yang diperlukan oleh badan kita sendiri bagi memperbaiki kesihatan badan.
| Peringkat Dewasa |
 |
Setiap orang, tidak kira usia, mengalami tekanan untuk mendapatkan bentuk badan yang sesuai (keep fit). Golongan muda selalunya merasakan keadaan ini kerana mereka cuba untuk menarik perhatian umum dan dunia. Kadang-kala, rakan-rakan juga memberikan tekanan ke atas mereka – tekanan untuk berucap, berpakaian dan melakukan sesuatu.
Mengimbangi pengambilan makanan anda bermakna mengambil makanan yang dengan kuantiti yang mencukupi bukannya berlebihan bagi setiap jenis nutrien. Setiap saiz bahagian makanan yang diambil seharusnya berpatutan berpadanan. Setiap makanan boleh menjadikan cara hidup sihat dengan mengamalkan kesederhanaan dan diet seimbang. Kesederhanaan kuantiti bagi semua jenis makanan boleh memastikan jumlah tenaga (kalori) yang diambil terkawal. Nisbah protein : lemak : karbohidrat : 1 : 0 : 8 :7 :5. Nutrien ini sangat penting kepada metabolisma badan.
Protein
Golongan dewasa memerlukan sekurang-kurangnya 65 – 80 gram. Pengambilan protein bagi setiap kilogram berat badan sehari diperlukan untuk mengelakkan dari kerosakan tisu badan secara beransur-ansur. Seterusnya, selain daripada pentingnya jumlah pengambilan ideal protein dalam diet seharian, target kesihatan bagi tenaga (kalori) juga melibatkan protein yang terbaik (nutrien kedua diperlukan selain karbohidrat).
Sesetengah protein yang diambil mengandungi semua asid amino yang diperlukan untuk membina protein baru. Protein ini dipanggil sebagai protein lengkap. Protein dari sumber haiwan selalunya adalah dikategorikan sebagai protein lengkap. Sumber protein lain yang kekurangan asid amino yang tidak terdapat dan dicipta oleh badan dipanggil protein tidak lengkap, ini biasanya merupakan sumber dari buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin dan kekacang.
Kekurangan protein boleh menyebabkan kebantutan, kesusutan otot badan, keimunan menurun, fungsi jantung dan pernafasan yang lemah dan boleh juga membawa maut.
Vitamin
Vitamin merupakan molekul organik yang diperlukan oleh metabolisma haiwan, sama ada penghasilan dari luar badan mahupun dihasilkan dalam kuantiti yang tidak mencukupi. Berikutan itu, vitamin boleh diperolehi daripada diet seharian. Kebanyakan fungsi vitamin ialah sebagai coenzim atau cofaktor, di mana kedua-dua fungsi ini sangat penting bagi aktiviti enzim. Kekurangan pengambilan vitamin mempunyai kesannya tersendiri dan dalam kebanyakan kes, pengambilan berlebihan juga boleh membawa kepada penyakit. Ambil vitamin A, B, B1, B2, B12 dan C dari makanan yang kaya dengan vitamin ini, seperti kekacang, sayur-sayuran dan buah-buahan. Setiap hari pengambilan vitamin perlu antara 400 – 500g dari sayur-sayuran dan buah-buahan kerana makanan jenis ini mempunyai banyak nutrien yang diperlukan.
Sejak akhir-akhir ini, gula sering menjadi mangsa kerana masyarakat pada hari ini mengamalkan pengambilan gula yang kurang dalam diet seharian. Walaupun gula dikatakan tidak mempunyai faedah seperti sumber kalori, tetapi kemanisannya boleh mengatasi rasa masam sesuatu masakan. Gula juga begitu sinonim dengan masalah kerosakan gigi, obesiti dan pelbagai penyakit yang tidak dijangka. Pengambilan gula setiap hari adalah kurang daripada 10g.
| Pertengahan Umur |
 |
Golongan dewasa diperingkat pertengahan umur selalunya menunjukkan tanda penuaan seperti hilang ketegangan kulit dan rambut beruban. Ketegapan fizikal kebiasaannya menjadi susut, minimum dari segi pergerakan dan penurunan kadar denyutan jantung. Kekuatan dan kelenturan juga menurun pada tahap ini. Jadi, pengambilan diet seimbang amat penting bagi golongan peringkat ini untuk kesihatan badan. Mereka disarankan untuk mengambil makanan yang kurang kolesterol, kurang gula, garam dan lemak. Ambil banyak makanan mengandungi protein, mineral, karbohidrat dan serat.
Kalori
Kalori perlu dikawal untuk menstabilkan berat badan. Kepada mereka yang kurus, pemanasan badan yang sesuai perlu diberikan, jadi karbohidrat diperlukan. Kepada mereka yang berlebihan berat badan, mereka perlu mengawal pengambilan diet seharian dengan mengurangkan pengambilan lemak dan karbohidrat. Diet berlebihan tidak diperlukan oleh semua orang terutama golongan dewasa peringkat pertengahan umur. Kepada mereka yang aktif, 2200 – 2400kCal diperlukan, pengambilan tahap nutrien perlu diatur bagi mengelakkan masalah berat badan berlebihan.
Protein
Keperluan protein bagi golongan dewasa diperingkat pertengahan umur adalah kurang berbanding golongan muda. Keperluan adalah tidak kurang daripada 1g bagi setiap 1000 gram berat badan sehari 1/3 protein dari sumber haiwan dan protein dari sumber kekacang adalah yang terbaik.
Vitamin dan garam organik
Tahap vitamin dan garam organik yang sesuai amat diperlukan. Vitamin A, vitamin C, vitamin E dan vitamin B1 sangat penting pada peringkat pertengahan umur untuk
menggalakkan metabolisma badan, memperbaiki sistem keimunan, mencegah hiperlipidemia, buah pinggan, diabetes. Dalam diet seharian, vitamin A 2200IU, vitamin E 30mg, vitamin C 70mg, vitamin B1 1.2mg diperlukan. Garam organik boleh meningkatkan zat besi dan kalsium dalam badan dan menghindari tekanan darah tinggi. Kalsium diperlukan untuk membina tulang dan gigi yang kuat. Pengambilan kalsium yang cukup boleh mengelakkan daripada masalah tulang rapuh pada masa akan datang. Kalsium tidak kurang dari 800mg, zat besi 12mg, garam organik tidak lebih daripada 5g adalah diperlukan setiap hari.
Makanan berserat
Makanan yang secara semulajadinya tinggi serat, kebanyakan kandungannya adlah kurang lemak. Serat menggalakkan cengkaman berombak (wavelike contractions) untuk perjalanan makanan terus sampai ke usus. Selain itu, makanan berserat juga akan mengembangkan dinding usus besar. Ini memudahkan proses pembuangan toksin yang tidak diperlukan oleh badan keluar melalui usus besar. Bahan yang tidak boleh dicerna juga melalui usus. Ia juga menyerap cecair seberapa banyak bagi menghasilkan najis yang lembut. Pengambilan sumber serat yang berlebihan boleh menyebabkan penyerapan mineral berikut terganggu iaitu kalsium, zat besi, magnesium, selenium dan zink. Walaubagaimanapun, masalah tidak timbul sekiranya golongan ini mengikut diet yang seimbang dan teratur, dan dalam waktu yang sama pengambilan suplemen juga disarankan. Serat yang tidak larut terdapat dalam gandum, kulit roti dan bijirin lain. Serat yang larut terdapat dalam kacang, buah-buahan, psyllium dan barli.
Pengambilan fiber juga berkait rapat dengan sindrom metabolik, di mana gangguan faktor yang boleh menyebabkan peluang yang tinggi menghadapi masalah penyakit jantung dan diabetes (kencing manis). Faktor ini juga termasuk tekanan darah tinggi, berat berlebihan (terutama bahagian abdomen), tahap trigeliserat yang tinggi, lemak utama badan – membawa partikel dan tahap HDL (baik) kolesterol yang rendah.
Penyakit peparu
Penyakit peparu merupakan penyakit yang mengganggu paru-paru. Penyakit peparu ini boleh menyebabkan fungsi paru-paru yang tidak normal.
Terdapat beberapa langkah berjaga-jaga untuk mengelak panyakit peparu :
- Bersihkan persekitaran udara. Pencemaran udara dari tempat yang penuh
dengan asap rokok boleh menyebabkan kesesakan untuk bernafas.
- Mengambil makanan yang mengandungi vitamin A, E dan B1.
- Selalu bersenam
- Menggunakan air yang sejuk untuk mandi atau membersihkan muka untuk memperbaiki sistem imun dan mengelakkan kesejukan.
Tekanan darah tinggi
Tekanan darah tinggi boleh berlaku kepada golongan dewasa peringkat pertengahan umur. Tekanan darah tinggi secara langsung meningkatkan risiko penyakit jantung (di mana cenderung kepada serangan jantung) dan sakit radang (stroke), terutamanya apabila ia diiringi dengan faktor risiko yang lain. Ia juga boleh membawa maut.
Anda boleh mengambil langkah-langkah untuk mengelakkan tekanan darah tinggi. Langkah-langkah tersebut termasuk :
- Menstabilkan berat badan. Sentiasa aktif.
- Mengikut plan pemakanan sihat, seperti DASH dan makanan kurang lemak. Memilih dan menyediakan makanan yang kurang garam dan sodium.
- Berhenti merokok. Kurangkan pengambian minuman beralkohol. Selalu bersenam.
Osteoporosis (tulang rapuh)
Osteoporosis merupakan penyakit yang disebabkan ole pengurangan mineral pada tulang secara agresif, di manan secara puratanya ini berlaku kepada mereka yang berumur 35 tahun ke atas bagi kedua-dua jantina. Golongan lelaki kurang mengalami situasi ini, manakala masalah yang serius dialami oleh golongan wanita yang sudah mengalami peringkat manopause iaitu dalam lingkungan umur 75 tahun. Jarak dekat begi kedua-dua jantina ini membuatkan umur bagi kedua-dua mereka yang menghadapi tulang rapuh adalah sama (sekata).
Terdapat beberapa langkah yang boleh diambil untuk mengelakkan osteoporosis (tulang rapuh) :
- Jangan terlibat dengan pengambilan alkohol dengan kerap dan merokok.
Gabungan merokok dan alkohol merupakan tindakan yang tidak sihat dan memberi tekanan kepada tulang.
- Perlu mengambil kalsium, vitamin D dan magnesium yang cukup. Wanita yang
berumur lebih daripada 70 tahun mungkin mengalami masalah penyerapan nutrien ini dalam diet mereka.
- Golongan dewasa peringkat pertengahan umur perlu menjalani pemeriksaan
kesihatan tulang rapuh dengan kerap.
- Kebanyakan wanita yang berumur lebih dari 35 tahun memerlukan lebih kalsium, vitamin D, di mana ini dapat membantu untuk menyerap kalsium.
Batu karang
Terdapat pelbagai saiz batu karang, ada yang kecil seperti pasir dan ada yang sebesar bola golf. Pundi hempedu boleh menghasilkan pelbagai saiz batu karang sehingga beribu-ribu banyaknya.
Batu karang kolesterol dihasilkan apabila hempedu mengandungi terlalu banyak kolesterol dan garam hempedu yang tidak mencukupi. Selain daripada kepekatan kolesterol yang tinggi, terdapat 2 faktor penting yang boleh menyebabkan batu karang. Pertama, berapa kerap dan sebagus mana pundi hempedu berfungsi (mencengkam) kerana ketidaksempurnaan fungsi pundi hempedu boleh menyebabkan hempedu menjadi terlalu pekat dan boleh bertukar menjadi batu karang. Faktor yang kedua ialah kehadiran protein dalam hati dan hempedu boleh menggalakkan pengkristalan kolesterol dalam batu karang.
Wanita mempunyai 2 kali ganda menghadapi batu karang berbanding lelaki. Kehadiran hormon estrogen yang berlebihan semasa mengandung, hormon pemulihan terapi dan pil pencegahan kehamilan menyebabkan peningkatan tahap kolesterol dalam hempedu dan mengurangkan pergerakan pundi hempedu, di mana ini boleh membawa kepada batu karang.
Antara langkah-langkah pencegahan termasuk :
- Selalu bersenam, badan akan menjadi aktif.
- Prihatin terhadap diet seharian, kurangkan garam dan lemak.
- Pastikan suhu badan sesuai (keep warm).
- Mereka yang menghadapi batu karang perlu mendapatkan rawatan segera.
- Pembedahan perlu dilakukan pada peringkat kritikal.
| Peringkat Menopause |
 |
Perkataan menopause bermaksud terhentinya putaran menstrual sama ada secara semulajadi mahupun secara fizikal. Perkataan ini berasal dari Greek iaitu ’meno-’(bulan) dan ’pausis’ (berhenti). Dengan kata lain, menopause bermaksud berhentinya secara semulajadi dan tetap putaran reproduktif wanita setiap bulan. Bagi manusia ini dikatakan sebagai terhentinya kehadiran haid pada setiap bulan.
Sewaktu badan berusaha menyesuaikan diri dengan perubahan tahap hormon semulajadi yang mendadak, simptom vasomotor seperti panas badan secara tiba-tiba dan terasa berdebar-debar, simptom psikologi seperti depresi (kemurungan), keletihan, cepat marah, mood berubah-ubah, kurang perhatian dan simptom atropik seperti kekeringan vagina dan pembuangan air kecil yang tidak boleh dikawal. Bersama dengan kesemua simptom ini, juga menunjukkan purata wanita yang menghidapi tempoh menstrual (haid) yang tidak tetap adalah tinggi.
Wanita juga dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat dari doktor berkenaan dengan pengambilan hormon terapi. Kalsium, protein, vitamin pada saat ini amat diperlukan. Selain itu, senaman ringan amat digalakkan. Menopause bagi lelaki pula berlaku apabila hormon testoterone dan sistem reproduktif berhenti berfungsi. Simptom psikologi adalah sama seperti wanita, termasuk depresi (kemurungan), keletihan, cepat marah, mood berubah-ubah dan kurang perhatian. Selalunya kaum lelaki mengalami menopause,
3 hingga 5 tahun lewat daripada wanita.
|